Azalina Sahkan Letak Jawatan Sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perkara itu dinyatakannya dalam kenyataan yang turut dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau, keputusan meletakkan jawatan itu selaras dengan harapannya agar fungsi Dewan Rakyat dapat ‘ditetapkan semula’.

“Keputusan mengosongkan jawatan itu bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang dapat lebih banyak ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat agar ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum persaingan profesional mengenai dasar dan pentadbiran.

Advertisement

“Saya akan menyokong sebarang pembaharuan kerajaan dan pembangkang dalam usaha mencari penyelesaian yang bijak secara kolektif.

“Saya juga berbesar hati dan menganggap ia merupakan suatu penghormatan yang besar untuk diberi peluang berkhidmat sebagai Timbalan Speaker selama 13 bulan yang lalu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan sumber yang memberitahu pemimpin itu telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut.

Dalam senarai Kabinet baharu susulan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, nama beliau disebut-sebut akan menggantikan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Sumber: Utusan Online

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

20 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago