‘Benda Sakit Ni Bukan Boleh Buat-Buat’ – Nurul Zahid

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam bagi menjalani pembedahan, hari ini.

Perkara itu dikongsi anak perempuannya, Datuk Nurul Hidayah di Instagram miliknya yang memaparkan ayahnya ditolak masuk ke dalam Dewan Bedah.

Nurul Hidayah turut menyatakan video berkenaan dirakam tanpa pengetahuan ayahnya.

“Saya tergerak hati nak rakamkan secara sembunyi tanpa pengetahuan Abah sebab saya tahu ini akan jadi bukti kepada umum bila ia diperlukan.

Advertisement

“Sangkaan saya amat tepat! Belum pun Abah selesai di OT (dewan bedah) berita fitnah tersebar yang dia sedang ‘berehat’ di hospital untuk elak kes mahkamah! Tidak masuk akal. Benda sakit ni bukan boleh buat-buat.

“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya. Saya yang bertanggungjawab tunggu dan jaga Abah sepanjang dia di hospital,” katanya.

Nurul turut berkongsi satu lagi hantaran memaklumkan bahawa pembedahan dilakukan ke atas Ahmad selesai dijalankan.

“Alhamdulillah Abah dah selesai OT (pembedahan) dan sampai bilik, Abah mengadu pada mak dan saya.

“Mak kemudian meminta Abah bersabar sebelum mencapai tasbih dan memintanya berzikir. Indah cukup indah. Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran itu.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago