Cukai RM1.69 Bilion: Permohonan Najib Batal Notis Kebankrapan Didengar 7 Dis

Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan notis kebankrapan terhadapnya kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi tahun lepas, akan didengar pada 7 Dis ini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Wee Yeong Kang, yang mewakili Najib, ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Ida Rahayu Sharif hari ini, yang turut disertai Peguam Hasil Siti Aisyah Yusoff dan Athari Faris Ammerry Hussein bagi pihak LHDN.

“Tarikh sama ditetapkan untuk mendengar permohonan Najib bagi penggantungan prosiding kebankrapan sementara menunggu pelupusan kes rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan atau sementara menunggu rayuan penghutang penghakiman (Najib) di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) selesai sepenuhnya,” katanya.

Najib memfailkan permohonan untuk membatalkan notis kebankarapan itu atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Feb lepas adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah selain taktik konspirasi politik bertujuan untuk merosakkan kerjaya politiknya.

Advertisement

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Feb lepas terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Feb 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Feb 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Mengikut Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967, seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

Advertisement

– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago