Sembilan Pemimpin Wanita Ini Barisi Kabinet Baharu, Dua Bertukar Portfolio

Jumlah pelantikan pemimpin wanita bagi menganggotai Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyamai bilangan Kabinet sebelum ini iaitu sembilan Ahli Parlimen.

Ismail Sabri ketika mengumumkan barisan Kabinetnya hari ini berkata lima Ahli Parlimen yang diberi kepercayaan menjawat jawatan menteri ialah Datuk Seri Rina Mohd Harun (Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi); Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara).

Sementara itu, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin, kini diberi kepercayaan menerajui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bagi jawatan timbalan menteri pula, Ismail Sabri melantik Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak); Datuk Mastura Mohd Yazid (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Advertisement

Selain itu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

— BERNAMA

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

20 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago