Tiga Bekas Menteri Buat ‘Come Back’

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad merupakan muka baharu yang diberi kepercayaan menganggotai Kabinet di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri ketika mengumumkan barisan Kabinetnya hari ini berkata Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Idris yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain itu, anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Yamani Hafez Musa yang juga Ahli Parlimen Sipitang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II.

Kabinet kali ini juga menyaksikan tiga bekas menteri pada era Barisan Nasional (BN) kembali membarisi Kabinet iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim yang menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan, Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Datuk Seri Mahadzir Khalid dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Advertisement

Perdana menteri hari ini mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ yang merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.

Sumber: BERNAMA

Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

14 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago