Sebaik Mula Tugas Sebagai Menteri, KJ Digesa Agar Luluskan Dana

Bersama peningkatan kes Covid-19 di luar Lembah Klang, pelbagai jabatan negeri terdesak untuk meningkatkan kapasiti mereka tetapi kekurangan dana untuk berbuat demikian, kata Exco Pulau Pinang Chong Eng.

Justeru, Chong berkata antara perkara yang harus Khairy Jamaluddin lakukan sebaik beliau menjadi menteri kesihatan adalah untuk mengeluarkan dana agar Jabatan Kesihatan Negeri dapat menampung peningkatan kes positif.

Hari ini, Khairy dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini. Kelulusan tentang perbelanjaan perlu ditandatangani oleh menteri.

“Jika seorang pesakit ada tiga kontak rapat, seramai 2,400 orang perlu menjalani ujian saringan.”

Advertisement

“Pejabat Kesihatan Daerah membuat yang terbaik untuk berdepan keadaan ini tanpa banyak sokongan daripada Kementerian Kesihatan.”

“Lebih banyak kemudahan ujian dan pusat kuarantin risiko rendah diperlukan, tetapi ia bermakna wang perlu dibelanja – lebih dana diperlukan.”

“Saya gesa Khairy untuk memberi tumpuan kepada permintaan yang dibuat jabatan negeri demi membantu mereka berdepan peningkatan kes positif,” katanya lagi.

Chong mengambil maklum ketika peringkat awal sekatan pergerakan, semua kes Covid-19 dihantar ke hospital dan pusat kuarantin dan semua kontak rapat perlu menjalani saringan.

“Kini, mereka yang positif diminta jalani kuarantin di rumah, bukan dihantar ke hospital atau pusat kuarantin.”

Advertisement

“Perkara ini difahami kerana hospital berada dalam kapasiti penuh, atau melampaui kapasiti. Ini juga satu bentuk kompromi kerana hospital berdepan kesesakan pesakit dengan menggunakan sumber yang ada,” kata wakil rakyat DAP itu lagi.

Bagaimanapun, dia berkata bukan semua orang tinggal di rumah yang sesuai untuk kuarantin.

“Oleh itu, ada keperluan untuk wujudkan lebih banyak pusat kuarantin bagi pesakit risiko rendah,” katanya lagi.

Advertisement
Nuraniesah ainisram

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago