Tiba-Tiba Tahan Warga Emas Pengutip Barang Lusuh, Polis Buka Dompet Hulur Sedekah Buat Netizen Terharu

Sememangnya slogan polis dan masyarakat berpisah tiada sering kali kita dengar bagi memastikan semua pihak saling membantu dalam memastikan sekeliling kita berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang juga anggota polis dikenali sebagai Asrul Jamaluddin, dia telah memuat naik video ‘pegawainya’ yang menyantuni seorang warga emas dan memberikan sedikit bantuan.

Hal ini susulan perasaan sebak apabila melihat individu yang sudah berusia masih lagi gigih mencari pendapatan dengan mengumpul  barangan terpakai untuk dijual bagi memperolehi duit.

Advertisement

Dalam video tersebut, pada awalnya Asrul memaklumkan dia terkejut melihat pegawai atasannya tiba-tiba keluar dari kereta peronda dan menahan warga emas itu.

Perkongsian murni tersebut tular dan mendapat perhatian ramai sehingga Laman Facebook Polis Diraja Malaysia memuat naik kembali video berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Pihak Polis Diraja Malaysia mengucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada Inspektor Saravanan Gunasekaran bersama rakan setugas Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian kerana memberi teladan yang baik buat semua.

Rata-rata warganet berasa terharu melihat contoh baik dari pihak berkuasa yang kekal prihatin sesama manusia tanpa sebarang prajudis berkenaan agama, bangsa serta keturunan.

Advertisement

Semoga contoh teladan yang murni ini menjadi penyebab lebih ramai lagi yang melakukan kebaikan di masa akan datang.

Sumber: FB Polis Diraja MalaysiaAsrul Jamaluddin

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago