Isteri Pergi Tanpa Berita, Lelaki Gigih Dukung Anak Merata Tempat Mencari Rezeki

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mendukung anak perempuannya ketika sedang meniaga di serata media sosial Indonesia.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki memakai T-shirt berwarna kelabu membawa sebuah bag plastik besar berisi barang jualannya sambil mendukung anak perempuannya di sebuah restoran.

Mereka berdua dilihat duduk menjamu selera dengan semangkuk bakso dan segelas air sahaja, sekadar mengalas perut lapar.

Tiada siapa jaga anak di rumah, terpaksa bawa bersama

Apabila ditanya oleh individu yang merakam video itu, lelaki itu mendedahkan terpaksa membawa anaknya berniaga kerana tiada siapa yang menjaganya di rumah setelah isterinya pergi meninggalkan mereka berdua tanpa khabar berita.

Advertisement

Tolak pertolongan orang lain, mahu usaha sendiri

Namun lebih mengharukan apabila lelaki itu sanggup menolak pertolongan orang ramai yang kasihan melihat keadaannya dan berkata sambil tersenyum, “Lebih baik kamu bantu orang yang lebih memerlukan”. Mulia sungguh hatinya!

Selain itu, sewaktu pemilik restoran nekad memberikan makanan secara percuma, tanpa disuruh lelaki itu terus membantu mengangkat pinggan mangkuk serta membersihkan meja makan yang didukinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perwatakan lelaki berkenaan. Mereka mendoakan agar dia dan anaknya dimurahkan rezeki.

Advertisement

 

Sumber: Indozone, Instagram @tasiksociety via borakdaily

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago