Wanita Kongsi Detik Cemas Kereta Terjunam 20 Kaki Dalam Gaung, Berseorangan Dalam Hutan

Seorang wanita menceritakan detik-detik cemas apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 20 kaki dan dipercayai berlaku semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.

Perkara itu dikongsikannya di aplikasi TikTok bernama masturina.najihah yang mana kejadian berlaku pada waktu malam dan dia terpaksa menempuh waktu yang lama di dalam hutan.

Menerusi perkongsian itu, kereta yang dipandunya itu dipercayai hilang kawalan oleh sebab keadaan cuaca ketika itu hujan lebat sehingga kenderaannya terbabas ke dalam gaung.

@masturina.najihahMemori lalu #hauntedroad #jalanberhantu #fyp♬ bunyi asal – HAKIMbudakBAIK – kem

Menurutnya lagi, dia terpaksa menunggu seorang diri di dalam hutan selama satu jam untuk menunggu bantuan tiba dan hanya bertemankan panggilan telefon daripada ahli keluarga.

Selain itu, dia juga cuba membunyikan hon bagi meminta bantuan orang sekeliling. Malangnya, tidak didengari oleh sesiapa oleh kerana dirinya yang berada dalam kedalaman 20 kaki dari jalan raya.

Advertisement

Tambahnya lagi, kawasan berkenaan merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan dan dipercayai ramai yang sudah terkorban akibat nahas di lokasi tersebut.

“Selepas call Bomba, Polis dan keluarga, saya cuba periksa tangki minyak. Adalah lebih selamat saya tunggu dalam kereta kerana saya seorang diri di sini.”

“Sejam saya tunggu, tekan hon orang tak dengar.”

Walaupun dalam keadaan yang ketakutan, wanita yang dikenali sebagai Masturina itu hanya mampu bermuhasabah selain turut mengamalkan zikir untuk menenangkan diri sendiri.

@masturina.najihahMemori lalu part ii. #foryoupage #memoriesbringback #kemalanganjlnraya #seram #fyp♬ original sound – Masturina.Najihah

Bagaimanapun, menerusi perkongsian yang lain, dia menyatakan bahawa dirinya sudah selamat selepas bantuan daripada pihak bomba dan polis telah tiba di lokasi kejadian.

Menerusi video tersebut, wanita itu akhirnya diselamatkan dan telah memakan masa lebih kurang 9 jam termasuklah proses menyelamat dan menaikkan semula kenderaan.

Advertisement

Wanita tersebut juga turut berterima kasih kepada para pengikutnya di aplikasi TikTok yang tidak henti-henti mendoakannya sehingga berjaya keluar dari hutan berkenaan.

@masturina.najihahReply to @aliyyadania._ pengajaran dr sy, 1st amalkan zikir, 2nd selalu baca ayat qursi dan terakhir jgn bertolak selepas magrid 😊 #fypシ #kemalangan♬ original sound – Masturina.Najihah

Meninjau pada hantaran terakhirnya, rata-rata netizen dilihat menzahirkan rasa syukur selepas dia terselamat dari kejadian itu selain turut menitipkan beberapa nasihat.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih dari 1 juta tontonan serta mendapat sebanyak 55,700 tanda suka.

Kredit: TikTok masturina.najihah

Nadia

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

21 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago