Anggota Tentera Tuduh Mangsa Jalin Hubungan Sulit Dengan Isterinya, Pesara Tentera Maut Ditikam 9 Kali

Mayat seorang pesara tentera ditemui di kawasan semak di Bukit Sumpitan di Selama, semalam. Perasaan cemburu telah menjadi punca pembunuhan itu berlaku.

Menurut laporan Kosmo, mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui dengan sembilan kesan tikaman pada anggota badannya dan keadaannya sudah hampir busuk.

Mayat mangsa ditemui di jalan pintas dari Selama ke Gerik melalui Banjaran Titiwangsa dan merupakan kawasan sunyi serta jarang dilalui kenderaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan pada Isnin lalu mengenai kes seorang pesara tentera yang dilarikan secara paksa dari rumahnya oleh dua individu, termasuk seorang anggota tentera pada jam 3 petang Ahad lalu.

Advertisement

“Ketika kejadian, kedua-dua suspek bersenjatakan besi dan memandu kereta jenis Nissan Almera.”

“Bertindak atas maklumat tersebut, polis telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun di Taiping kelmarin dan seorang tentera berusia 34 tahun di Perlis.”

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek telah membawa polis ke sebuah kawasan di Bukit Sumpitan dan menunjukkan lokasi di mana mangsa telah dibunuh pada hari kejadian.”

Menurut Mior Faridalathrash, sembilan kes tikaman pada badan mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam. Lima tikaman dikesan pada bahagian belakang, manakala empat lagi di bahagian depan.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh tiga hari dengan mayatnya dijumpai kira-kira 60 meter dari tepi jalan di Bukit Sumpitan.”

Advertisement

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.”

“Punca pembunuhan dipercayai akibat masalah cemburu di mana suspek yang juga anggota tentera menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.”

Beliau juga mengatakan, kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Kosmo

Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

20 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago