Tuduhan Miliki Dadah 447.44 Gram, Isma Halil Dakwa Difitnah

Tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp salinan polis berkaitan seorang penyampai radio lelaki, yang ditahan kerana memiliki dadah jenis ganja.

Terbaru, penyampai radio Bapakku FM, DJ Isma Halil Hamzah, memohon maaf kepada semua pihak dan memberi penjelasan lanjut berhubung tuduhan isu dadah yang dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi

“Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh Ini.

Advertisement

“Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya.

“Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya,”

Menurut Isma, dia bersumpah dengan nama Tuhan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar. Ujarnya lagi, semua itu adalah fitnah.

Menurut peguam Isma iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain, mereka menerima nota ringkas tersebut semasa bertemu semalam.

“Buat masa ini Isma telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana jika disabitkan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.”

Advertisement

Mengulas lebih lanjut, Zahiril memberitahu bahawa Isma hanya dituduh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabitkan lagi untuk pertuduhan yang dikenakan. Berikutan daripada itu, beliau memohon semua pihak untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini.

Hanya dibicarakan di Mahkamah Tinggi

“Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta telah ditetapkan pada 15/12/2021 untuk laporan jabatan kimia. Jika laporan tersebut sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan. Kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja.”

Sekitar September yang lalu, timbul dakwaan mengenai seorang penyampai radio dipercayai Isma Halil ditahan pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis ganja. Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 447.44 gram yang telah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik.

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

17 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago