Wanita Ditikam Guna Pisau Pemotong Daging Selepas Kantoi Berasmara Dengan Kekasih Gelap Ketika Suami Pergi Kerja

Hati suami mana yang tak hancur dan luluh bila dapat tahu isteri tersayang berlaku curang dan sedang berasmara dengan lelaki lain di belakangnya.

Seperti kes yang terjadi di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia seorang suami bertindak di luar kawalan dengan menyerang pasangan tersebut (isterinya dan kekasih) menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Memetik laporan Suara.Com, suspek dikenali sebagai Antok Pamuji merupakan seorang peniaga kain di Kutai Barat dan jarang sekali pulang ke rumahnya di Bandar Tenggarong berikutan mencari rezeki.

Bagaimanapun, dia mula mengesyaki tindakan isterinya yang dikatakan berlaku curang berikutan sering bermain telefon bimbit dan enggan untuk memberikan apabila diminta. Sehinggalah satu hari, suspek bertindak untuk menyiasat aktiviti isterinya secara rahsia dan sempat berpura-pura pergi bekerja.

Advertisement

Namun, dia ketika itu masuk semula ke dalam rumahnya melalui pintu belakang dan bertindak bersembunyi di atas siling.

Teka-teki yang bermain selepas dua jam menunggu akhirnya terjawab berikutan suspek mendapati seorang lelaki yang dikenali sebagai K masuk ke dalam rumahnya dan bertindak melakukan hubungan intim bersama isterinya.

“Tidak tahan melihat kejadian itu, Antok turun ke bawah dan memecahkan pintu bilik tidur dengan menggunakan pisau pemotong daging.”

Suspek didakwa menghayunkan pisau ke arah K yang ketika itu sedang berlari dalam keadaan berbogel. Mangsa dilaporkan berlumuran darah berikutan mengalami luka di bahagian pingang dan tangan kiri.

Manakala, keadaan isterinya yang turut ditikam masih belum diketahui dan suspek telah pun menyerah diri kepada pihak polis.

Advertisement

Sumber: Suara.Com & Andreli_48

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

4 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago