Azhan Rani terlibat kemalangan, tulang belikat pecah

Pelakon Azhan Rani dilapor mengalami tulang belikat pecah, tulang bahu dan rusuk retak akibat kemalangan motosikal di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Azhan yang menunggang motosikal berkuasa tinggi berlanggar dengan sebuah lagi motorsikal dan mengalami kecederaan teruk di beberapa anggota badan.

Rakan baik Azhan yang juga pelakon Beto Kusyairy ketika dihubungi berkata, ketika kejadian Azhan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

“Alhamdulillah Azhan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Advertisement

“Ketika kejadian Azhan terlebih dahulu dikejarkan ke Hospital Selayang sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta. Ketika dirawat dia diberikan ubat tahan sakit pada dos yang tinggi kerana menahan kesakitan.

“Setakat ini, apa yang saya dimaklumkan melalui ujian imbasan X-ray yang dijalankan, Azhan mengalami beberapa kecederaan di anggota badan seperti tulang belikat pecah, tulang bahu dan rusuk retak. Kesemua kecederaan yang dialami adalah di bahagian kiri badannya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Beto, Azhan juga masih menunggu laporan daripada ujian imbasan tomografi berkomputer atau CT Scan untuk mengenal pasti kecederaan lain yang mungkin berlaku terhadapnya.

“Setakat ini saya hanya mampu bercakap melalui telefon saja dengannya kerana pelawat belum boleh dibenarkan masuk kerana Azhan kini masih dalam bilik kuarantin.

“Saya diberitahu Azhan masih menunggu laporan ujian CT Scan yang dijalankan untuk mengetahui kecederaan yang dialami dengan lebih teliti. Harap-harap tiada kecederaan yang teruk berlaku kepadanya.

Advertisement

“Kepada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, Azhan mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan mesej untuk sementara waktu ini. Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya,” katanya.

Perkongsian Beto turut menarik perhatian beberapa kenalan artis apabila turut sama-sama mendoakan Azhan supaya diberikan kesembuhan segera.

“Allahuakhbar. Semoga cepat sembuh abang Azhan,” kata pelakon Nabila Huda.

“Syafakallah abang Azhan,” ujar pelakon Ummi Nazeera.

“Moga dipermudahkan urusan. Cepat sembuh,” doa pelakon Fauziah Nawi.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago