Kenali Tangmo Nida, artis Thai yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Chao Phraya

Dunia hiburan Thailand sekarang ini tengah bersedih dengan kematian pelakon Nida Patcharaveerapong, yang lebih dikenali sebagai Tangmo. Pada 24 Februari 2022, Tangmo Nida dilaporkan terjatuh dari bot dan hilang di sungai Chao Praya. Pada 26 Februari, mayatnya ditemui berhampiran jeti Pibulsongkram 1.

Sehingga kini, kematian Tangmo Nida masih menjadi topik perbincangan hangat netizen, berikutan beberapa misteri yang menyelubungi kemalangan itu. Jom kita kenali siapa sebenarny Tangmo Nida.

1. Biografi dan profil Tangmo Nida Patcharaveerapong

Nama sebenar: Nida Patcharaveerapong

Advertisement

Nama pentas: Tangmo

Tempat, tarikh lahir: Bangkok, 18 September 1984

Zodiak: Virgo

Pendidikan: Kolej Inovasi Sosial Universiti Rangsit

2. Perjalanan kerjaya Tangmo Nida

Advertisement

Tangmo Nida memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan sejak tingkata 1 di sekolah menengah. Pada ketika itu, dia ditemui oleh seorang pencari bakat ketika sedang membeli-belah di sebuah pusat beli belah. Tangmo kemudiannya menerima tawaran itu, menjalani ujian di hadapan kamera, dan akhirnya menjadi model komersial pada tahun 1998.

Pada tahun 2002, Tangmo Nida menyertai pertandingan Miss Teen Thailand 2002 dengan nombor peserta 17. Dia kemudiannya berjaya menjadi ‘runner up’ yang keempat. Selepas itu, Tangmo mencuba pula untuk masuk ke Channel 7 dan akhirnya dia mendapat watak dalam drama Benja Keta Kwarm Ruk (2003).

Pada 2014, Tangmo Nida telah menamatkan kontraknya dengan Channel 7 selepas bekerja bersama-sama selama 11 tahun. Dia kemudian memutuskan untuk menjadi artis bebas.

Sepanjang 24 tahun kerjayanya, aktres berusia 37 tahun itu telah membintangi lebih kurang 38 judul drama Thai atau ‘lakorn’. Selain itu, mendiang juga pernah muncul dalam empat filem dan tujuh rancangan televisyen. Tangmo juga pernah memenangi beberapa anugerah tempatan di Thailand.

3. Kematian Tangmo Nida

Advertisement

Pada hari Khamis (24/2/2022), Tangmo Nida menaiki bot di sungai Chao Phraya bersama pengurusnya dan empat orang lain. Dia kemudian dilaporkan terjatuh dari bot pada 22:30 waktu tempatan.

Proses pencarian oleh pihak berkuasa telah dilakukan sejak Jumaat (25/2/2022) petang. Namun, mayat Tangmo Nida hanya ditemukan terapung di dekat jeti Pibulsongkram, Nonthaburi pada Sabtu (26/2/2022).

Kes ini kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa kerana terdapat banyak misteri yang dilaporkan berlaku dalam kes kematian Tangmo Nida ini. Pemilik bot laju, Tanupat Lerttaweewit, dan pemandu bot laju, Paibul Trikanchananan, pula telah didakwa kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Panida Sirayutthayothin, ibu kepada mendiang Tangmo, juga menyatakan bahawa dia tidak percaya kematian anak perempuannya adalah kemalangan semata-mata. Dia mengesyaki ada yang tidak senang dengan kehadiran anak perempuannya.

Pengurus Tangmo dan rakan baiknya yang turut berada di atas bot itu dikecam kerana tidak melaporkan kehilangan aktres itu serta-merta selepas kemalangan itu. Keluarga itu hanya mengetahui perkara itu daripada media dan pihak berkuasa sehari selepas kejadian. Semoga kes ini berjaya diselesaikan dengan segera supaya dapat menenangkan hati peminat-peminat Tangmo Nida.

Advertisement

Sumber: IDN Times

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

21 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago