Terlalu inginkan anak lelaki, bapa naik gila tembak mati bayi perempuannya sendiri

Islamabad: Seorang lelaki di Pakistan tergamak menembak mati bayi perempuannya yang baru berusia tujuh hari kerana berang tidak dikurniakan anak lelaki.

Shahzaib Khan ditahan pada Khamis di bandar Mainwali selepas polis menerima maklumat kejadian pada 7 Mac lalu.

Ketika kejadian, dia didakwa meluru masuk ke rumah dan menuntut isteri yang dinikahi dua tahun lalu supaya menyerahkan anak mereka dikenali Jannat, sebelum membunuhnya.

Lelaki itu kemudian melarikan diri sehingga ditahan polis pada Khamis.

Advertisement

Bapa saudara mangsa, Hidayatullah Khan membuat laporan polis selepas mengetahui kejadian dilakukan adik iparnya.

Dia memberitahu Dawn yang dilapor Daily Star, ‘anak perempuan dilahirkan, maka dia (suspek) berang.’

“Suspek mengambil anak perempuan itu dan menembaknya hingga meninggal dunia,” katanya.

Hidayatullah juga menjelaskan Shahzaib enggan menyambut kelahiran bayi itu selepas mendapati jantinanya perempuan, dengan kejadian berkenaan adalah hari pertama dia kembali semula ke rumah.

Hidayatullah mendakwa dia berada di rumah ketika kejadian dan cuba merampas bayi perempuan daripada tangan Shahzaib.

Advertisement

Dia mendakwa Shahzaib mengugutnya dan keluarga dengan pistol supaya mereka tidak masuk campur.

Di sesetengah tempat di Pakistan, pembunuhan anak perempuan dilaporkan masih berlaku kerana lelaki menganggap darjat mereka rendah jika dikurniakan anak perempuan.

Menurut Faisal Edhi yang mengetuai Pertubuhan Kebajikan Edhi, lebih 500 bayi mati kerana dibuang di Karachi sejak dua tahun lalu, kebanyakannya adalah perempuan.

@malaysianupdatenews Terlalu inginkan anak lelaki, bapa naik gila tembak mati bayi perempuannya sendiri.😭 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
@malaysianupdatenews Reply to @e_ein Syurga buatmu anak kecil🥺 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update
@malaysianupdatenews Reply to @ieda19922020 Sedihnya..Syurga buatmu🥺 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ 心疼 – Dalel

Sumber: Agensi
Terjemahan: Harian Metro

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago