Warga emas cium pakaian dalam jiran & onani, ditahan polis

Tular satu video di platform Twitter memaparkan seorang lelaki warga emas dilihat ‘menggigit’ pakaian dalam wanita sambil melakukan onani di sebalik ampaian di sebuah flat di Sri Sentosa, Kuala Lumpur. Perbuatan tidak bermoral lelaki tersebut mengundang padah apabila dia ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, perbuatan terkutuk itu dirakam oleh jiran mangsa yang kemudiannya membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada polis.

Susulan daripada itu, pihak polis menerima satu aduan berhubung seorang lelaki warga emas mengambil pakaian dalam wanita yang dijemur di luar rumah berhampiran flat tersebut pada jam 2.44 petang semalam.

Lelaki terbabit juga dilihat mencium pakaian dalam berkenaan dan melakukan perbuatan onani.

Advertisement

Perbuatan itu dilihat serta dirakam oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara berkenaan.

Ujarnya lagi, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 62 tahun yang tinggal di Puchong, Selangor untuk siasatan selanjutnya. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini.

Dalam pada itu, Amihizam menasihatkan orang ramai agar tidak terbabit dalam aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini, laporkan segera pada pihak polis dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement

Sumber : Harian Metro
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago