Enggan ikut arahan polis supaya menyerah diri, lelaki ditembak mati

Polis di Sumenep dilaporkan telah menembak mati seorang lelaki yang hendak merampas motosikal seorang penduduk dan menjadikan mangsa sebagai tebusan dengan menggunakan sebilah sabit.

Menurut laporan Liputan 6, Ketua Perhubungan Awam Polis Sumenep, AKP Widiarti berkata, polis terpaksa menembak lelaki itu kerana tindakannya berbahaya dan dia juga tidak mempedulikan arahan polis untuk menyerah diri.

“Karena peringatan itu tidak diindahkan, petugas terpaksa bertindak dengan melepaskan tembakan,” kata Widi, pada Selasa (15/3/2022).

Katanya, kejadian tembakan itu berlaku di hadapan sebuah rumah kedai di Perum Bumi Sumekar, Desa Kolor, Daerah Kota Sumenep pada Ahad (13/3) sekitar pukul 16.30 WIB.

Advertisement

“Ia berlaku di hadapan Pasar Raya Sakinah,” katanya.

Menurut Widi, lelaki yang terpaksa ditembak polis berinisial HM (24), merupakan penduduk Kampung Gadu Timur, Sumenep. Manakala wanita yang cuba disamun dan dijadikan tebusan dengan menggunakan sebilah sabit merupakan warga Kolor, Sumenep.

Dalam beberapa video yang tular di platform aplikasi WhatsApp, dapat dilihat tembakan oleh pegawai polis dilakukan lebih daripada sekali.

Walaupun mangsa terbaring dan tidak berdaya, pegawai tetap menembak. “Sebab anggota bimbang dia melarikan diri,” katanya.

Mengikut prosedur

Dalam keadaan tidak berdaya, polis segera membawa suspek ke hospital, namun semasa dalam perjalanan dia dilaporkan meninggal dunia.

Advertisement

“Lelaki ini bukan mati di tempat kejadian, tetapi dalam perjalanan ketika hendak dibawa ke hospital,” kata Widiarti.

Beberapa orang netizen bagaimanapun membantah tembakan yang dilakukan berulang kali walaupun pelakunya sudah tidak berdaya.

Namun AKP Widiarti menjelaskan bahawa tindakan yang diambil oleh pegawai telah dipertimbangkan sewajarnya dan mengikut prosedur.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago