10 lelaki ditahan gaduh gempar bunga api di Seremban

SEREMBAN, 7 Mei (Bernama) — Polis menahan 10 lelaki awal pagi tadi dipercayai melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Taman Bandar Prima Senawang di sini seperti tular dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kesemua individu berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan pada 4.40 pagi di sekitar daerah ini dan direman selama tiga hari sehingga 9 Mei.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku 2 Mei lepas pada sekitar tengah malam.

“Turut dirampas sejumlah besar bunga api dan mercun dengan siasatan lanjut masih dijalankan. Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Semalam, tular satu video berdurasi 29 saat di Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri.

Sumber: BERNAMA

@malaysianupdatenews 10 lelaki ditahan gaduh gempar bunga api di Seremban.😳 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #RancakRaya #GayaRaya #EntertainmentRaya ♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

3 hours ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 day ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

3 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

3 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

3 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

4 days ago