Dipercayai dibunuh suami sehari sebelum Aidilfitri, gara-gara muat naik hubungan sulit di media sosial

KUALA LUMPUR — Seorang wanita maut akibat dipukul suaminya dipercayai kerana memuat naik di media sosial bahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit, dalam kejadian di sebuah flat di Cheras sehari sebelum Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa berusia 28 tahun itu dipercayai dipukul dengan tangan dan kaki serta senjata tumpul sehingga menyebabkan kematiannya.

Beliau berkata sehubungan itu, suami mangsa yang berusia 38 tahun telah ditahan pada hari sama (Ahad) di rumahnya itu susulan laporan yang diterima daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Kajang.

“Pada 9.16 pagi 1 Mei, polis telah menerima laporan daripada pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Kajang menyatakan telah terima wanita berusia 28 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri yang telah dihantar oleh suaminya ke hospital itu. Wanita itu kemudian disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Mohd Zaid berkata pemeriksaan luaran ke atas wanita itu oleh pegawai perubatan berkenaan mendapati terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan dan didapati kematian itu mencurigakan.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan abdomen disebabkan hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul.

“Motif pembunuhan adalah suspek marah terhadap mangsa disebabkan mangsa telah memuat naik di media sosial bahawa suspek mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Beliau berkata kes telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya dan suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin ini.

Sumber: BERNAMA

Advertisement
@malaysianupdatenews Salam takziah. Al-fatihah. 😭 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

13 hours ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

15 hours ago

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

4 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

5 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

5 days ago