Wanita trauma, pengawal keselamatan dicekup ceroboh bilik hotel

Perasaan gembira menyambut hari raya bertukar menjadi pengalaman ngeri selepas bilik hotel yang ditempah wanita ini didapati telah diceroboh oleh seseorang yang tidak dikenali.

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku pada 10.30 malam di sebuah hotel terkemuka di pusat bandar Kota Bharu, keluarga tersebut baru sahaja pulang ke bilik hotel selepas keluar pada petang hari yang sama dan mendapati pintu bilik mereka gagal dibuka.

Penjelasan yang mencurigakan telah menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara keluarga ini dan lelaki berkenaan.

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, tetamu hotel itu yang merupakan seorang lelaki berusia 50-an bersama keluarganya keluar dari bilik penginapan mereka kira-kira pukul 5 petang.

Advertisement

Menurutnya, semasa pulang ke hotel pada pukul 10.30 malam, pintu bilik penginapan mereka tidak dapat dibuka sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak hotel.

“Selepas pintu bilik berjaya dibuka, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang tidak dikenali didapati berada di dalam bilik penginapan keluarga berkenaan.

“Suspek telah ditangkap dan siasatan mendapati lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain dan bukan di hotel berkenaan. Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Rosdi, berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

Ujarnya, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan boleh tampil membantu siasatan kes tersebut.

Advertisement

Tambahnya, suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Terdahulu menerusi perkongsian video di laman TikTok memaparkan seorang lelaki menceroboh masuk ke dalam sebuah bilik tetamu sebuah hotel di sini.

Dalam video berdurasi 1.03 saat itu kelihatan keluarga tersebut sedang memarahi suspek selepas mereka terkejut melihat lelaki tersebut ada di dalam bilik hotel mereka.

@malaysianupdatenews Wanita trauma, pengawal keselamatan dicekup ceroboh bilik hotel. 😱 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

8 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago