Pemandu mabuk langgar mati warga emas ditahan

PORT DICKSON – Seorang lelaki ditahan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan kematian seorang warga emas di Kilometer 5, Jalan Seremban- Port Dickson, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berumur 21 tahun itu ditahan di lokasi kejadian pada hari sama.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.50 malam di mana lelaki terbabit memandu kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Lukut menghala ke Port Dickson.

“Apabila sampai di tempat kejadian, suspek gagal mengawal kenderaan lalu melanggar belakang seorang lelaki berusia 68 tahun yang sedang menunggang motosikal jenis SYM di hadapan kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Advertisement

Beliau berkata, mangsa cedera parah di badan dan kepala serta disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira jam 9 pagi, Khamis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Aidi Sham menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan video atau memuat naik sebarang spekulasi di laman sosial tentang kejadian tersebut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

Pada Khamis, tular satu video berdurasi 45 saat dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter Nan Manjoi8715 yang memaparkan kekecohan berlaku dipercayai akibat kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang individu.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

18 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago