Bob Lokman Pesan Teruskan Perusahaan Makanan – Anak

KOTA BHARU, 23 Sept (Bernama) — Arwah bapa sentiasa berpesan agar meneruskan perniagaan makanan yang diusahakannya, demikian kongsi Omar Hakim anak kepada Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman yang meninggal dunia hari ini.

Omar Hakim, 28, berkata selain seorang penulis lirik, pelakon dan pelawak, bapanya juga memiliki kemahiran memasak.

“Ayah mahir memasak nasi maqluba dan bubur daging (di Kelantan dipanggil bubur lambuk) selain juga mampu membuat serunding hasil resipi yang diambil dari Tumpat.

“Semasa hayatnya, arwah ayah beberapa kali berpesan kepada mama dan adik-adik yang lain supaya meneruskan usaha perniagaan menjual makanan selepas ketiadaannya nanti disebabkan Mama juga mahir memasak,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sri Pulau, Kubang Kerian, di sini hari ini.

Advertisement

Menurut Omar Hakim, mereka meneruskan perniagaan tersebut demi kelangsungan hidup memandangkan perlu membayar sewa rumah selain menyara lima adiknya yang masih bersekolah di tahfiz di Setiu, Terengganu dan Sriti Tok Guru di Pulau Melaka.

Bercerita lanjut, dia berkata selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2020, Bob Lokman mengambil keputusan pulang ke kampung halaman di Kubang Kerian untuk berada dekat dengan datuk mereka, Lokman Ahmad, 80-an yang sakit tua.

“Kesihatan arwah ayah mula merosot sejak seminggu lepas, namun beliau enggan mendapatkan rawatan di hospital walapun sudah beberapa kali dipujuk. Waktu maghrib semalam, arwah ayah mengalami sesak nafas dan keadaannya itu berterusan sehingga 11 pagi tadi menyebabkan saya dan mama berjaga hingga pagi.

“Bagaimanapun disebabkan terlalu kepenatan, saya terlelap dan dikejutkan oleh mama yang memberitahu bahawa ayah sudah meninggal dunia,” katanya.

Jenazah bapanya dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dimandi serta dikafankan manakala solat jenazah akan diadakan di Masjid Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian, katanya.

Advertisement

“Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Hilir Kubang Kerian selepas solat Isyak,” katanya.

Bob Lokman pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada awal Dis 2020.

Pada 21 April lepas, Bob Lokman berpindah ke IJN untuk rawatan lanjut, namun akibat kekangan kewangan dialami, beliau hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar daripada hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April.

Bob Lokman yang meninggal dunia kira-kira 3 petang ini dipercayai akibat komplikasi jantung, meninggalkan seorang balu, Relawati Daud, 42, dan tujuh anak.

Allahyarham juga adalah penulis lirik beberapa lagu popular seperti Isabella dendangan kumpulan Search dan Taman Rashidah Utama nyanyian Wings.

Advertisement

Bob Lokman juga adalah cicit kepada seorang ulama terkenal di Kelantan, Allayarham Tok Kenali.

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

19 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago