Kabinet Sabah setuju hadkan jawatan ketua menteri kepada 2 penggal

Jemaah Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya cadangan berkenaan akan dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan datang sekiranya rakyat dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kerajaan serta pembangkang bersetuju untuk meminda Perlembagaan Negeri berkaitan perkara tersebut.

“Ini kerana mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri melibatkan soal perundangan, justeru Perlembagaan Negeri perlu dipinda melalui Persidangan DUN Sabah.

“Cadangan ini merupakan satu lagi inisiatif yang dibawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional,” katanya berucap pada Program Jelajah GRS Parlimen Beluran di Dataran Telupid di Telupid hari ini.

Advertisement

Turut hadir presiden dan pemimpin parti komponen GRS antaranya Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Presiden United Sabah National Organisation (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Mengenai program berkenaan Hajiji berkata Program Jelajah GRS Parlimen Beluran merupakan siri jelajah keempat, selepas Keningau, Kudat dan Lahad Datu.

“Sudah sampai masanya pemimpin dari parti-parti tempatan Sabah bersatu hati dalam satu wadah iaitu GRS bersama-sama berjuang menuntut dan menjaga kepentingan Sabah. Kita tidak akan berkompromi dalam memperjuangkan dan menuntut hak Sabah seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” tegasnya.

Sementara itu, Ronald berkata program berkenaan mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada masyarakat di Parlimen Beluran yang dilaksanakan kepimpinan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihan umum akan datang.

“GRS adalah gabungan berasaskan Sabah dan sudah tentu perjuangan besar adalah untuk memastikan negeri ini dibangunkan setaraf dengan negeri di Semenanjung dengan mengambil kira hak dan keistimewaan Sabah dalam negara ini.

Advertisement

“Kita ada perjanjian semasa membentuk Malaysia dan apa yang GRS mahu adalah kerajaan Persekutuan melihat perkara tersebut. Kabinet (Persekutuan) ada membentuk jawatankuasa berkenaan perkara ini dan banyak perkara yang telah dilaksanakan, namun banyak lagi perkara yang perlu kerajaan Persekutuan lihat dan ini adalah agenda utama perjuangan GRS,” katanya.

Mengenai cadangan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Sabah kepada dua penggal, Ronald berkata ia merupakan cadangan yang baik dan sudah tentu akan disambut baik oleh rakyat sebagai usaha memastikan ketelusan jawatan berkenaan.

“Terserah kepada ADUN untuk menentukan…jika melihat dalam konteks yang luas ini merupakan cadangan yang baik,” katanya.

– Bernama

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

22 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago