Wanita maut, dakwa stereng kereta tiba-tiba tersekat lalu terbabas melanggar pokok

Seorang wanita berusia 29 tahun dilaporkan maut selepas kereta yang dipandu suaminya berusia 43 tahun terbabit dalam kemalangan di Persiaran Raja Muda, Seksyen 6, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 3.11 petang.

“Siasatan awal mendapati, suami mangsa yang memandu dari bulatan Bestari menghala ke bulatan Mestika mendakwa, stereng kenderaannya tiba-tiba tersekat menyebabkan dia gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.

“Wanita berkenaan maut di tempat kejadian, manakala pemandu bersama anaknya berusia dua tahun lapan bulan mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan,” katanya.

Advertisement

Mayat mangsa juga dihantar ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

9 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago