Pengadil paling seksi hargai rakan senegara dipilih untuk adili perlawanan akhir Piala Dunia

WARSAW, Poland – Seorang pengadil wanita meraikan pelantikan pegawai dari Poland untuk mengadili perlawanan akhir Piala Dunia Qatar, lapor akhbar Daily Star semalam.

Karolina Bojar-Stefanska, 25, memberi reaksi melalui akaun Instagramnya terhadap berita bahawa rakan senegaranya, Szymon Marciniak akan mengetuai pasukan pengadil untuk perlawanan Argentina menentang Perancis.

Bojar Stefanska mendapat ramai peminat kerana penampilannya yang menarik dan kemahirannya menjadi pengadil termasuk mengadili Liga Belia Pusat Poland. Dia bekerja sebagai peguam dan menyertai acara larian.

“Bangga! Pada hari Ahad, kita semua tidak sabar untuk Marciniak dan pasukannya,” demikian kapsyen pada hantaran Bojar-Stefanska sambil berkongsi imej pasukan pengadil itu.

Advertisement

Berita mengenai Marciniak yang dilantik sebagai pengadil juga disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Poland. Dia menjadi yang pertama dipilih mengadili perlawanan itu.

Ia akan menjadi perlawanan ketiga yang diadili oleh Marciniak di Qatar, selepas kemenangan Perancis di peringkat kumpulan ke atas Denmark dan kemenangan Argentina menentang Australia dalam pusingan 16.

Marciniak akan dibantu oleh rakan pengadil dari Poland, Pawel Sokolnick dan Tomasz Listkiewicz untuk perlawanan itu.

Sementara itu, seorang lagi pegawai Poland, Tomasz Kwiatkowski adalah ketua pegawai Pembantu Pengadil Video (VAR).

Selebihnya dalam pasukan pengadil itu terdiri daripada dua orang dari Amerika Syarikat (AS), serta pegawai dari Venezuela dan Mexico. – Agensi

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago