Bekas pegawai bank tidak pernah jangka akaun Najib digunakan untuk pengubahan wang haram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah menjangkakan seseorang akan menggunakan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pengubahan wang haram.

Joanna Yu Ging Ping, 52, yang mengendali akaun bekas Perdana Menteri itu, berkata ini kerana beliau percaya Najib tahu mengenai transaksi dalam akaun banknya.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan Najib membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ditanya Muhammad Shafee mengapa Yu dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low mengggunakan istilah ‘American Pie’ bagi merujuk kepada US$ dan ‘Sate’ untuk RM melalui sembang BlackBerry Messenger (BBM) pada 2014, saksi itu berkata memandangkan ia adalah akaun milik Perdana Menteri maka butirannya perlu dirahsiakan.

Advertisement

“Saya percaya begitu kerana Jho Low kata jangan dedahkan nama PM. Kami perlu melindungi pemegang akaun ketika itu kerana Jho Low kata anda tidak tahu jika ada orang ingin menggunakan nama PM dan melakukan sesuatu.

“Jadi dia kata kami perlu lindungi nama PM dan saya percaya ia adalah permintaan Datuk Seri supaya perkara itu dirahsiakan,“ katanya.

Ketika ditanya Muhammad Shafee bahawa ini mungkin membabitkan isu pengubahan wang haram, Yu berkata “Ini adalah akaun PM Malaysia.”

Muhammad Shafee: Tetapi wang sebenar bukannya datang daripada PM, ia dari luar.

Yu: Bagi akaun PM, saya tidak fikir ada orang akan menggunakannya, maksud saya untuk melakukan aktiviti pengubahan wang haram.

Advertisement

Muhammad Shafee turut mencadangkan bahwa saksi itu kini menyedari bahawa jika maklumat mengenai akaun Najib didedahkan, keseluruhan isu sama ada wang yang masuk itu adalah ‘kosher’ atau sah dapat diketahui lebih awal dan beliau akan dilindungi serta tidak terjejas.

“Saya percaya beliau sentiasa dimaklumkan. Ya, cek telah dikeluarkan, kad kredit telah digunakan. Saya anggap beliau tahu apa yang berlaku,“ kata Yu.

Saksi pendakwaan ke-41 itu turut memaklumkan mahkamah bahawa Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil, bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, telah meminta beliau untuk memastikan cek milik Najib bukan cek tendang.

Yu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa Jho Low ingin mengelak cek tendang kerana ia akan menyedarkan Najib mengenai keadaan sebenarnya akaunnya dan berkata beliau tidak tahu apa yang berlaku antara Jho Low dan Najib.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

23 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago