Terkesan dengan lakonan Zamarul Hisham, Netizen mohon TV3 ulang siar telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’

Sabtu lalu sebuah telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’ telah ditayangkan di TV3 menampilkan gandingan hebat Zamarul Hisham dan juga Rita Nadira. Sejak tayangan telemovie tersebut sehingga sekarang, ia masih menjadi bualan ramai. Rata-rata penonton mengakui terkesan dengan jalan cerita telemovie tersebut.

Bagi anda yang belum sempat menonton, Telemovie itu mengisahkan seorang lelaki bernama Razil (Zamarul Hisham) yang hanya bekerja kampung, berkahwin dengan Salinah (Rita Nadira) hidup dalam keadaan sederhana dan dikurniakan dua cahaya mata.

Namun, perkahwinan mereka tidak begitu digemari oleh ibu Salinah yang kerap mengungkit dia mahu melihat anak perempuannya itu belajar di peringkat lebih tinggi dan seterusnya mendapat pekerjaan yang bagus agar dapat menikmati hidup mewah seperti orang lain.

Mendengar perbualan itu, Razil membenarkan isterinya bekerja dan dari saat itulah segalanya berubah apabila Salinah sudah mula pandai berbohong semenjak rapat dengan rakan sepejabatnya, Kamal.

Advertisement

Bagaimanapun, hubungan Razil dan Salinah menjadi semakin berantakan apabila isterinya ditangkap basah dan akhirnya Razil terpaksa menceraikan isterinya dengan dua syarat yang terpaling pedih untuk diterima dan mungkin tidak dapat diterima oleh mana-mana lelaki pun di dalam dunia ini.

Pada malam telemovie itu ditayangkan, ramai penonton mengakui mereka menangis dan sedih dengan pengorbanan Razil yang sanggup menjaga bekas isterinya itu sehingga ke hujung nyawa.

Berjaya bermain dengan emosi penonton, rupanya jalan cerita telemovie sedih ini diadaptasikan daripada kisah benar yang berlaku di Perlis. Menurut Zamarul, karya terbitan Zeel Production di bawah arahan Rahila Ali itu adalah adaptasi daripada kisah benar. Difahamkan, Razil sebenar sudah berusia 70 tahun dan masih setia dengan isterinya itu.

Bukan itu sahaja, ketika Salinah sudah terlantar lumpuh, Razil masih setia menjaga dan sudi untuk merujuk ikatan perkahwinan mereka tetapi tidak sempat kerana Salinah telah menghembuskan nafas terakhir ketika majlis akad nikah.

“Cerita ini memang cerita benar. Orangnya masih ada dan sudah berusia 70 tahun lebih. Cuma abang frust sebab masa shooting tak dapat jumpa. Memang dia sangat setia orangnya,” katanya.

Advertisement

Menurut Zamarul lagi, sudah lama dirinya tidak terlibat dalam naskah seperti itu dan amat berterima kasih dengan peluang yang diberikan oleh pihak Zeel Production.

Sementara itu, netizen memuji mutu lakonan Zamarul yang dikatakan masih hebat dan berjaya menjiwai watak Razil dengan begitu baik sekali. Sehingga ada netizen yang meminta pihak TV3 menyiarkan semula telemovie itu kerana tidak berkesempatan menontonnya.

“Nak menitik air mata tengok cerita ini. Start bini dia curang tu, kami satu rumah dah naik angin. Marah dan geram semua ada. Last masa kantoi ya Allah, sumpah sedih gile cerita ini. Bravo barisan pelakon dan penerbit cerita ini. Sampai kami semua berfikir masih terjadi lagi ke kes seperti ini,” kata Eisyah.

“Masa tengok cerita ini tadi, teringat isu Aaron Aziz yang dikatakan sudah tua, tak laku. Nah kau! Abang Zamarul lagi lama dari Aaron, elok je aku tengok dia jadi hero. Bila senyum nampak lesung pipit dia tu, boleh jadi Tom Cruise wei! Handsome,” kata Chik Kelip Kelip.

Di sebalik kejayaan sesebuah projek televisyen, pasti ada cabarannya. Fadzil Teh a.k.a Haji Zil selaku penerbit utama mendedahkan terdapat beberapa babak di Perlis yang terpaksa dibuat semula di Kuala Lumpur menggunakan pelakon berbeza rentetan isu-isu tertentu. Namun dia berterima kasih atas sambutan baik yang diberi netizen kepada telemovie arahannya itu.

Advertisement

Sumber: Instagram Zamarul Hisham

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago