Strok Haba: Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi, Emosi Terganggu

KOTA BHARU — Dua ibu yang kehilangan anak masing-masing dan dikaitkan dengan strok haba di Kelantan baru-baru ini meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu.

Yawaree Samoh, 25, berkata pemergian anak tunggalnya, Nur Imani Ahmad Faris Fazli, yang berusia setahun tujuh bulan pada Selasa lepas, memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

“Saya tidak sangka dan rasa macam tidak percaya akan kehilangan Imani tetapi saya perlu reda dengan takdir Allah.

“Cuma saya minta supaya orang ramai hentikan sebarang spekulasi mengenai anak saya kerana ia memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Bernama hari ini.

Advertisement

Turut menerima nasib sama, Nur Azwani Alias, 32, ibu seorang lagi mangsa iaitu Muhamad Syamil Akil, 11, turut berharap orang ramai tidak menokok tambah cerita yang bukan-bukan dan memberi komen negatif di media sosial mengenai anaknya.
“Di saat kami sekeluarga masih meratapi pemergian anak, masih ada segelintir masyarakat yang memberi komen negatif seolah-olah kami tidak cakna mengenai kesihatan anak.

“Saya harap perbuatan ini tidak lagi berlaku kerana kami sebagai ibu bapa berasa sangat sedih tetapi kepada mereka yang mendoakan, saya ucap terima kasih atas ingatan yang diberikan,” katanya.

Nur Azwani, yang ditemui di Kampung Tengah Perupok, Bachok berharap ibu bapa sentiasa memantau gerak-geri anak mereka terutama ketika cuaca panas agar tidak melakukan sebarang aktiviti luar yang boleh menjejaskan kesihatan.

“Selain itu, saya minta supaya kanak-kanak khususnya selalu minum air masak supaya badan mereka sentiasa sihat sepanjang musim panas ini,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah kedua-dua mangsa meninggal dunia dipercayai akibat strok haba.

Advertisement

Nur Imani, dari Kampung Kota di sini, meninggal dunia selepas mengalami batuk selama seminggu dan muntah-muntah beberapa hari kemudian manakala Muhamad Syamil menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Balai, Bachok.

Tonton Video

Sumber: Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

3 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago