Buat ‘live’ ketika dikejar polis, beberapa remaja tingkatan dua berjaya ditahan

Seorang remaja lelaki yang digelar sebagai Adam Kilat berani mencabar pihak polis secara terbuka menerusi siaran langsung di akaun TikTok miliknya yang memaparkan saat-saat detik cemas dikejar polis sebelum berjaya ditahan.

Apa yang menarik aksi kejar mengejar tersebut seakan-akan yang dapat dilihat di dalam permainan Grand Theft Auto (GTA) terutamanya ketika Adam memecut dengan laju dan dikejar polis.

Di dalam video kedua, Adam telah berjaya ditahan dan anggota polis meminta Adam untuk ulang semula apa yang disebut pada ‘live’ yang pertama.

Walau bagaimanapun, Adam kelihatan seperti ketakutan dan cuak serta terdapat beberapa kali dia berdiam diri seperti bingung.

Setelah puas didesak oleh polis, akhirnya Adam buat seperti yang diarah oleh polis.

Advertisement

“Cakaplah macam hang dok buat live tadi!” kata anggota berkenaan.

“Yang mana (polis) ada di Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE), kalau polis datang kami tak takut…” kata Adam.

“Cepat lah, orang ramai nak dengar juga,” desak anggota berkenaan sekali lagi.

Pada masa yang sama, jumlah penonton dalam ‘live’ tersebut meningkat sehingga lebih dari 5 ribu penonton dan terdapat juga penonton memberi ‘gift’.

Adam kemudian berkata, “Ini baru pertama kali… Kat BKE, ada buat function, polis buat kacau, angkat semua,” katanya.

Advertisement

Adam kemudiannya meminta maaf atas kesalahannya.

Sejurus itu, pihak polis membawa Adam serta beberapa orang rakannya ke balai polis untuk tindakan seterusnya.

Netizen turut meluah rasa lucu dengan situasi tersebut kerana tindakannya yang kurang cerdik akhirnya memakan diri sendiri dan tak kurang juga ramai yang memberi nasihat.

“Nak main motor tak salah, tapi ikut cara sah la. Hang berlumba dekat highway, kalau jadi apa-apa kesian la kat mak ayah hang. Nyawa ini Allah bagi sekali ja atas dunia ni sementara saja. Lepas ni bawa-bawalah beringat,” komen Syafiq.

“Dik, kau nak buat benda bangang, simpan kat diri sendiri je. Tak payah kecoh-kecoh,” kata Hamzah.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Buat ‘live’ ketika dikejar polis, beberapa remaja tingkatan dua berjaya ditahan. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #kulim #trending #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Advertisement
Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

18 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago