Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil DNA Penduduk, Rumah Ibu Bapa Diperiksa

Kanak-kanak autisme berusia enam tahun, adik Zayn Rayyan yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai berdekatan kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor dipercayai dibunuh.

Memetik laporan BERNAMA, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah 228 ujian asid deoksiribonukleik (DNA) penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini bagi menyiasat dan mencari pembunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi besar-besaran termasuk pemeriksaan dari rumah ke rumah dan mengambil DNA penduduk di apartmen berkenaan bermula semalam dan akan diteruskan sehingga hari ini.

“Setakat pagi tadi sebanyak 5,628 orang dan 2,484 unit rumah telah diperiksa. Ia melibatkan 18 blok di apartmen berkenaan.

Advertisement

“Keadaan cuaca hujan (sebelah pagi) memang memperlahankan operasi pencarian dan proses untuk mendapatkan bukti kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sememtara itu menurut laporan Sinar Harian, Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat membawa keluar empat beg kertas dari blok unit kediaman keluarga Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartmen Idaman, Damansara Damai dekat sini pada Ahad.

Anggota Unit Forensik berkenaan hadir kira-kira jam 4.15 petang di kediaman keluarga mangsa.

Difahamkan, siasatan dijalankan kira-kira 45 minit di lokasi berkenaan dipercayai sebagai usaha mengesan petunjuk baharu dengan mengambil bukti dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Turut kelihatan empat beg kertas berwarna coklat dipercayai sampel dari kediaman Zayn Rayyan dibawa pasukan forensik selepas selesai membuat pemeriksaan.

Advertisement

Beberapa anggota forensik dilihat memasuki blok kediaman ibu bapa Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Ahad.

Proses pengambilan sampel DNA itu selesai kira-kira jam 5 petang sebelum beberapa anggota unit forensik berkenaan dilihat meninggalkan pekarangan blok unit kediaman keluarga Allahyarham.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan tragis adik Zayn Rayyan pada Khamis lalu.

Mayatnya kemudian ditemui di kawasan anak sungai selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Hasil bedah siasatan kemudian mendapati bahawa punca kematian kanak-kanak malang itu adalah disebabkan dibunuh dengan beberapa kesan jerut di leher.

Advertisement

Sumber: BERNAMA, Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago