Kes Adik Zayn Rayyan: Polis Kesan Ada ‘Pergerakan’ Di Dashcam Sama Ada Individu Atau Objek

Polis mengesahkan terdapat pergerakan dikesan semasa melakukan analisis beberapa rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan di Apartmen Idaman, Damansara di Petaling Jaya, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, bagaimanapun pergerakan itu tidak dipastikan sama ada ia merupakan individu atau objek lain.

Hussein berkata pihaknya pada ketika ini masih melakukan semakan lanjut terhadap dashcam pemilik kenderaan di kawasan perumahan tersebut.

“Semakan ‘dashcam’ ini kita masih jalankan, ada pergerakan namun kita masih meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan.

Advertisement

“Bagaimanapun, kita tidak dapat dedahkan secara lanjut hasil analisa berkenaan, sama ada individu atau penduduk, kita sedang analisa lebih lanjut,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), turut berusaha mengepam air keluar takungan air berdekatan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Jelasnya, usaha tersebut dilaksanakan untuk mencari sebarang petunjuk dan bukti baharu berkaitan kes itu.

“Setakat ini belum terdapat sebarang penemuan baharu, namun usaha tetap dijalankan bagi membantu siasatan berkaitan kes ini,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan operasi menyedut air di anak sungai berhampiran lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat hari ini.

Advertisement

Memetik Astro Awani, kira-kira pada jam 2.30 petang, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Sungai Buloh didapati meninggalkan tempat tersebut.

Turut kelihatan alat mengepam air yang dipercayai digunakan dalam misi berkenaan dibawa bersama anggota.

Difahamkan, operasi menyedut air itu merupakan salah satu usaha dalam mencari bukti baharu bagi mengesan pembunuh Zayn Rayyan yang memasuki hari keenam siasatan.

Terdahulu media melaporkan hasil bedah siasat menemui kesan luka mempertahankan diri pada tubuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat turut mendedahkan kematian berpunca daripada kecederaan di leher dipercayai akibat dicekik.

Advertisement

“Dalam konteks ini (punca kematian) saya rasa elok saya sebut bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri).

“Demi menjaga maruah Allahyarham dan keluarga saya rasa memadai saya cakap itu sahaja,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago