Datuk A. Aida gugur nama Ruhainies dan bagi Bella Astillah 3 job

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida sebelum ini tampil menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan artis yang bermasalah selepas tular isu pelakon Ruhainies yang ditangkap berkhalwat dengan Aliff Aziz.

Terkini Datuk A. Aida mengeluarkan kenyataan di mana dia akan menyenarai hitamkan nama Ruhainies bagi drama terbitannya dan memberikan 3 kontrak drama bersama Bella Astillah.

Menurut laporan Mstar, Datuk A.Aida berkata dia berasa kesal apabila Ruhainies sanggup menjalinkan hubungan dengan aktor Aliff Aziz iaitu suami kepada Bella, sahabat baik sendiri.

Saya tak sangka dia tergamak buat begitu. Apa yang saya tahu Ruhainies dan Bella kawan baik, tapi dalam diam-diam rupanya ada hubungan dengan Aliff.

Advertisement

Sebab itu saya ‘black list’ nama Ruhainies. Saya buang nama dia dalam senarai pelakon drama terbaru saya yang bakal memulakan penggambaran April nanti.

Tambah A.Aida, dia menyerahkan tiga skrip drama baharu itu ketika Bella hadir ke pejabatnya untuk menandatangani kontrak lakonan tersebut.

Peluang untuk Bella ini bukan sekadar tanda sokongan terhadapnya malah ia juga dapat membantu wanita itu meneruskan kerjaya seni.

Berbicara lebih lanjut, A. Aida menegaskan pendiriannya bahawa dia tidak akan memberi peluang kepada mana-mana pelakon yang bermasalah.

Selepas saya buang nama Ruhainies kami ada berbincang bersama pasukan produksi dan kami terus terfikir tentang Bella. Saya sendiri yang hubungi Bella dan beri tawaran berlakon.

Advertisement

Bukan satu, tapi tiga skrip saya berikan sekaligus. Saya juga membuka peluang buat Bella untuk terlibat dalam program saluran Salam HD milik saya.

Bukan Ruhainies sahaja, mana-mana artis bermasalah saya tidak akan ambil berlakon. Kalau Ruhainies, dia minta maaf pun saya tak terima dia berlakon lagi.

Untuk info, Bella menerima tiga tawaran untuk drama berjudul Elham Untuk Niam, Matahariku dan Move On Romeo. Semua drama tersebut bakal memulakan penggambaran sepanjang tahun ini.

Sumber: Mstar

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

8 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago