Categories: Berita Lain

TUMBANG NAJIB SAJA ATAU UMNO SEKALIGUS, THE ECONOMIST TANYA DR M

Bekas teraju utama Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berdiri teguh di belakang pembangkang dalam perjuangan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, majalah ekonomi berpengaruh The Economistmenerusi sebuah artikel mempersoalkan sama ada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memberi komitmen sepenuhnya untuk menjatuhkan Umno.

“Salah satu kebimbangan besar di kalangan pembangkang ialah sejauh mana Mahathir sanggup menongkah arus. Tiada siapa yang meragui betapa beliau begitu tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Apa yang tidak begitu pasti ialah sama ada, jika diberi pilihan, sama ada beliau dan partinya akan berhenti di tahap menumbangkan Umno sekaligus,” jelas majalah terkemuka itu.
Atikel tersebut dengan tajuk “Mahathir Mohamad. Can a leopard change its spots?” mengingatkan banyak kumpulan serpihan Umno pada masa lalu akhirnya menyertai semula parti itu.
Bagaimanapun, ia memetik Mahathir yang pernah berkata bahawa beliau tidak nampak ‘ada jalan untuk BERSATU mempertimbang untuk membiarkan Umno dalam kerajaan, walaupun di bawah pemimpin baru ‘.
The Economist turut menyatakan walaupun Mahathir mempunyai ramai peminat terutama di kalangan golongan muda yang tidak kenal pemerintahan 22 tahun beliau selaku Perdana Menteri, untuk menang banyak kerusi akan menjadi sukar kepada BERSATU. – Source: Malaysiakini

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago