Categories: Berita Lain

Disyaki mencuri pisang, seorang lelaki maut dilanggar



KUANTAN – Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar dalam kejadian yang didakwa berpunca daripada insiden kecurian pisang di Kampung Paya Lang, Mengkuang, Bera dekat sini, hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan berkata lelaki berumur 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Triang, Bera pada jam 3.00 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Beliau berkata lelaki itu dipercayai dilanggar oleh anak pemilik kebun berkenaan yang datang ke kebun pada pukul 2.00 pagi selepas dimaklumkan oleh pekerjanya terdapat tiga lelaki menceroboh.


“Tiga lelaki itu bergegas melarikan diri dengan menaiki motosikal dan dikejar oleh suspek yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda, bagaimanapun semua lelaki itu terlepas,” katanya di sini.


“Namun semasa dalam perjalanan pulang dari kebun kemudiannya, suspek dipercayai ternampak dua motosikal yang dikatakan serupa dengan motosikal lelaki yang dikatakan menceroboh, lalu terus dilanggarnya,” tambahnya


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Othman berkata polis kemudiannya menahan suspek yang berumur 22 tahun bersama dua rakan berumur 19 dan 22 tahun, serta seorang lelaki Indonesia berumur 47 tahun yang bekerja di kebun pisang itu.


Menurutnya turut ditahan ialah dua rakan lelaki yang meninggal dunia yang berumur 31 dan 33 tahun bagi membantu siasatan berhubung aduan kecurian pisang yang dibuat suspek.


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 379 kanun sama bagi kesalahan mencuri yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

18 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago