Categories: Berita Lain

Jabatan Penjara Malaysia nafi dakwaan bahawa Samirah ditahan dalam bilik gelap



KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menafikan Samirah Muzaffar iaitu balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan telah ditahan dalam bilik asingan yang gelap seperti didakwa Peguamnya Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.


Pengarah Dasar Kepenjaraan jabatan itu Datuk Nordin Muhamad berkata Samirah tidak ditahan di bilik gelap sebaliknya ditempatkan berseorangan di bilik asingan bersebelahan bilik pegawai bertugas Penjara Wanita Kajang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“(Penempatan Samirah dibuat) berasaskan kategori seseorang banduan serta keperluan kawalan selaras dengan kuasa pengkategorian banduan di bawah Peraturan Penjara 2000.


“Hasil semakan serta pemeriksaan oleh ibu pejabat Penjara juga mendapati tiada kerosakan pada lampu yang terdapat di bilik penama (Samirah) ditempatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau juga berkata penjara di Malaysia tidak mempunyai bilik gelap sebaliknya semua bilik atau sel mempunyai tingkap berpalang besi bagi membolehkan cahaya dan udara masuk ke dalam bilik. “Bilik dan sel berkenaan adalah sesuai dari segi saiz lantai, pengudaraan dan pencahayaan serta kemudahan-kemudahan yang disediakan.


“Ini termasuklah pemeriksaan dan pengesahan ia sesuai digunakan oleh pegawai perubatan sebelum bilik atau sel berkenaan di sesebuah penjara boleh digunakan untuk penempatan banduan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sementara itu, Nordin berkata Samirah juga tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan untuk mendapatkan buku nota dan alat tulis.


“Penama (Samirah) sebagai tahanan reman yang baru turut mengakui keliru berhubung tatacara penggunaan peralatan untuk menulis dan penjelasan telah diberikan kepada beliau. Penama (Samirah) seterusnya telah diberikan peralatan untuk menulis dengan seliaan oleh pegawai penjara,” katanya.


Nordin berkata pihaknya sentiasa mengambil berat segala keperluan banduan dan pada masa yang sama menggalakkan banduan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.


Sebelum ini, Muhammad Shafee mengemukakan aduan bahawa anak guamnya telah diletakkan di dalam sebuah bilik berasingan yang gelap di Penjara Kajang serta tidak diberikan pensil dan buku nota untuk membuat sebarang catatan berkenaan kes itu.


Selasa lepas, Samirah, 44, serta dua remaja lelaki berusia 17 dan 14 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan membunuh Nazrin pada Jun tahun lepas. -Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago