Categories: Pilihan Editor

Menteri nafi tempat duduk Najib di pertabalan Agong telah ditukar saat akhir

Tempat duduk bekas perdana menteri Najib Razak pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lepas telah ditetapkan dan tidak dialihkan pada saat akhir seperti didakwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkata pihaknya sudah memberikan jawapan rasmi kepada Najib berhubung dakwaan itu.

Loading…

Najib mendakwa tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah menerima panggilan pada 6.30 pagi bahawa tempat duduk beliau yang sepatutnya di tempat ke-10 sebagai bekas perdana menteri mengikut protokol istiadat ditukar pada saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

Menurut Najib, pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas perdana menteri tidak sama dan beliau tidak sempat untuk mengambil pakaian istiadat Orang Besar Pahang dari Pekan, Pahang.

Advertisement
Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Isunya bukan dialih. Isunya (kerusi Najib) sudah ditetapkan. Kemudian Najib sendiri beri alasan dia kena duduk di tempat Orang Besar Pahang. Dia kena tukar baju. Itu masalah dia. Kita sudah maklum lebih awal,” kata Mujahid.

Beliau ditanya pemberita mengenai isu tersebut selepas melancarkan logo Karnival Rahmah 2019 yang bakal berlangsung di Dataran Putrajaya dari 26 hingga 29 Sept depan.

Antara pengisian karnival cetusan idea Mujahid bagi merakyatkan gagasan Rahmatan Lil Alamin adalah mini karnival kanak-kanak, mini karnival perumahan, festival buku, pameran dan Halal ‘fun run’. – Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

2 days ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

3 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

4 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

5 days ago