Categories: Pilihan Editor

Shafee dakwa Azilah dibawa keluar dari penjara Kajang jumpa VVIP

Bekas pegawai polis, Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, didakwa dibawa keluar daripada Penjara Kajang untuk berjumpa seorang VVIP pada Februari lalu.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak yang membuat dakwaan itu berkata, pertemuan terbabit dilihat sebagai pelan terancang yang diatur (untuk mengaitkan anak guamnya dengan pembunuhan Altantuya).

Loading…

“(Pertemuan) itu di luar penjara dan bukan di dalam, ketika dia banduan akhir dan ini satu pelanggaran protokol… Seperti saya katakan, saya tidak boleh sahkan, tetapi saya akan cuba sahkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas prosiding pengurusan kes semakan dikemukakan Azilah supaya sabitan dan hukuman gantung terhadapnya diketepikan dan kes itu dibicarakan semula, di sini, hari ini lapor BH Online.

Advertisement

Muhammad Shafee berkata, beliau turut mengetahui seorang lagi tertuduh iaitu bekas anggota polis, Koperal Sirul Azhar Umar menerima lawatan tiga individu yang memujuknya (untuk membuat kenyataan terhadap Najib).

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama individu terbabit, tetapi memberitahu ia termasuk seorang pemberita.

“Saya tidak boleh beritahu kerana ia amat sensitif. Apa yang saya boleh katakan, mereka adalah ejen Kerajaan Malaysia yang pergi ke Sydney untuk berjumpa Sirul baru-baru ini.

“Saya tidak tahu sama ada dia orang sama yang melawat Azilah, tetapi saya diberitahu dia juga (Azilah) menerima lawatan seseorang pada Februari lalu,” katanya.

Mengulas Akuan Bersumpah (SD) difailkan Azilah dalam afidavit permohonan semakan itu, Muhammad Shafee berkata, ia adalah usaha terancang untuk ‘membunuh’ anak guamnya dengan dakwaan tidak masuk akal membabitkan pembunuhan Altantuya pada 2006.

Advertisement

“Ia sangat kelakar apabila anak guam saya arahkan Azilah untuk menculik wanita itu dan membunuhnya…dan menunjukkan bagaimana ia sepatutnya dilakukan dengan meletakkan jari di leher.

“Ini benda yang langsung tidak boleh dipercayai,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, Najib mengarahkannya untuk memfailkan permohonan menjadi pencelah dalam permohonan semakan itu kerana ia mengaitkan anak guamnya.

“Semua dakwaan dalam SD itu yang mengaitkan anak guam saya dilakukan pada detik akhir dia (Azilah) dijangka dihukum gantung.

“Ini adalah permohonan terdesak pada saat akhir… anak guam saya dijadikan sasaran untuk dipenjarakan tanpa diikat jamin, saya rasa ini tujuan sebenar,” katanya.

Advertisement

Muhammad Shafee berkata, amat membingungkan apabila Azilah membuat dakwaan itu selepas 10 tahun kes bunuh terbabit berlangsung di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Katanya, beliau tidak menyalahkan Azilah kerana ia cubaan terdesaknya untuk menyelamatkan diri daripada hukuman gantung.

“Apa yang kami mahu tahu ialah siapa di belakang SD ini,” katanya.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

7 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago