Categories: Pilihan Editor

Rafizi: Dr Mahathir perlu tetapkan tarikh peralihan kuasa

Tarikh persaraan akan ditetapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya beliau enggan memenuhi perjanjian peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal tahun depan.

Rafizi Ramli dalam satu persidangan di Singapura berkata, pemimpin tertinggi Pakatan Harapan (PH) terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana rakyat Malaysia sudah hilang sabar dengan isu peralihan kuasa.

Loading…

“Jika (Mahathir) melepaskan jawatan dengan rela, peralihan akan menjadi sangat lancar,” kata Rafizi, sambil menambah peralihan kuasa itu perlu dilaksanakan supaya Pakatan Harapan dapat mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Keadaan politiking semasa dan ketidakpuasan mengenai ekonomi menyebabkan wujud sentimen penentangan terhadap blok pemerintah yang akan menyaksikan kerajaan hilang kuasa jika tinjauan pendapat diadakan hari ini, katanya.

Advertisement

Rafizi berkata, isu penggantian akan dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, sebuah badan teratas dalam blok kerajaan yang terdiri daripada empat pemimpin parti gabungan.

Tanpa tarikh yang ditetapkan untuk penyerahan, isu penggantian itu menjadi topik utama perbincangan dalam kalangan politik negara sejak pakatan Pakatan Harapan berkuasa pada bulan Mei 2018.

Gabungan itu bersetuju untuk melantik Dr Mathathir menjadi calon Perdana Menteri, dengan syarat Anwar akan menggantikannya.

Dr Mahathir dan Anwar dilihat sebagai seteru tetapi bergabung dalam usaha mereka menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Selepas pilihan raya, Anwar telah diberi pengampunan diraja untuk sabitan kes liwat yang didakwanya bermotivasi politik.

Advertisement

Bercakap di Regional Outlook Forum anjuran Institut Yusof Ishak, Rafizi mengakui beliau adalah antara penggubal perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani pada 7 Januari 2018, empat bulan sebelum pilihan raya yang menyaksikan PH dipilih sebagai pemerintah.

Rafizi yang telah berundur daripada barisan hadapan politik berkata, perjanjian itu tidak membabitkan tarikh peralihan kuasa yang telah dispekulasi.

Sebaliknya, beliau berkata, Dr Mahathir yang berulang kali merujuk “tempoh dua tahun” yang menyebabkan banyak pihak berpandangan Perdana Menteri akan menyerahkan kuasa pada bulan Mei tahun ini.

Dr Mahathir juga menyatakan beliau komited untuk menghormati perjanjian penggantian itu tetapi hanya akan serah kuasa selepas mesyuarat Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada bulan November bagi tidak menjejaskan persiapan Malaysia sebagai tuan rumah.

Rafizi, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat percaya tidak akan ada “percubaan berani” oleh mana-mana pihak untuk memaksa peralihan kuasa berlaku pada tahun ini kerana ia akan mengeruhkan keadaan.

Advertisement

Mengenai peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, Rafizi berkata, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendapat sokongan besar dalam kalangan Ahli Parlimen PKR dan DAP.

PKR dan DAP menguasai 92 daripada 222 kerusi Parlimen.

Dan Anwar memerlukan 20 kerusi lagi untuk menerajui kerajaan dengan majoriti mudah.

Mengenai beberapa spekulasi jika Dr Mahathir enggan melepaskan jawatannya dan Anwar akan melakukan undi tidak percaya, Rafizi berkata, ia tidak mungkin terjadi.

Sokongan untuk gabungan itu akan “runtuh” jika ada usaha sedemikian daripada dalam untuk buat begitu kepada Dr Mahathir, katanya. – MalaysiaGazette

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago