Categories: Pilihan Editor

Program Sarapan Percuma hanya untuk pelajar kurang mampu, tak adil beri kepada anak orang kaya – Dr M

“Kita akan teruskan Program Sarapan Percuma (PSP) yang ada sekarang, tetapi akan tertumpu pada mereka (pelajar) yang kurang mampu,” demikian kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, adalah tidak adil untuk turut menyediakan bantuan itu kepada anak daripada golongan berada.

Loading…

“Jika yang ada duit, kaya, yang makan di rumah banyak pun dapat, itu tak adil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Dr Mahathir berkata penerima manfaat program itu akan ditambah dari masa ke semasa.

Advertisement

Kementerian Pendidikan sebelum ini menyatakan PSP fasa pertama 2020 akan bermula 20 Januari ini membabitkan 37,000 murid dari 100 sekolah di seluruh negara, dengan anggaran kos RM22 juta.

Ia menggunakan menu makanan berkonsepkan Grab ‘n’ Go terdiri daripada menu minuman produk tenusu atau minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih, sandwic, buah-buahan atau telur rebus.

Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago