Categories: Pilihan Editor

Anwar dakwa masih kuasai sokongan majoriti pengundi Melayu

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau masih menguasai sokongan majoriti pengundi Melayu, bukan seperti pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir mungkin sudah menyingkir beliau tetapi bukannya dalam konteks pengundi Melayu secara umum, katanya semasa menjawab satu soalan ketika satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Anwar berkata majoriti besar Melayu menyokong beliau di dalam kawasan parlimen yang beliau bertanding.  

Loading…

“Di PD (Port Dickson), majoriti iaitu lebih 60 peratus Melayu menyokong saya.  Permatang Pauh asasnya Melayu.  Saya rasa tidak perlu saya bercakap banyak lagi,” kata beliau.   

Anwar pada masa ini merupakan Ahli Parlimen Port Dickson dan beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Advertisement

Dalam satu wawancara khas dengan sebuah akhbar berbahasa Melayu, Dr Mahathir mendakwa orang Melayu tidak menyokong Anwar kerana didakwa memiliki ideologi politik yang liberal.

Ketika ditanya sama ada masihkah ada kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Dr Mahathir, Anwar berkata, gabungan itu masih terbuka kepada sebarang perbincangan dengan negarawan itu.

“Perbincangan dalam PH hari ini antara PKR, DAP dan Amanah.  Bersatu sudah meninggalkan PH.  Hari ini beliau (Dr Mahathir) tidak bersama dalam PH, tetapi kami terbuka untuk berunding,” katanya.

Anwar juga berkata PH kini lebih bertumpu kepada membantu menyelesaikan masalah dihadapi rakyat seperti isu ekonomi dan COVID-19.

Beliau berkata kira-kira 250 ahli PKR meninggalkan parti itu, termasuk mereka yang dipecat dan angka itu adalah kecil  jika dibandingkan dengan satu juta ahli yang dimiliki parti itu.

Advertisement

Semalam Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PKR telah meluluskan keahlian 12,896 orang dari 1 Jan hingga 11 Mac.

— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago