Categories: Pilihan Editor

PM mahu usaha dapatkan semula dana 1MDB diteruskan

Kerajaan berusaha untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai RM6.9 bilion yang sudah dikenal pasti.

Pejabat Perdana Menteri berkata, tindakan itu susulan taklimat khas oleh pasukan yang menjejak dana 1MDB di luar negara kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Pasukan itu terdiri daripada wakil Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.

Loading…

“Dalam taklimat itu, Muhyiddin dimaklumkan bahawa sejumlah RM1.4 bilion dana berjaya dikembalikan, hasil usaha pasukan petugas berkenaan, manakala sebanyak RM6.9 bilion lagi sudah dikenal pasti.

“Pasukan petugas turut memberikan perincian tindakan yang sudah dilaksanakan untuk membawa pulang dana 1MDB, disyaki disalahgunakan di 17 negara.

Advertisement

“Muhyiddin mengarahkan supaya usaha untuk menjejak dan mengembalikan dana 1MDB daripada pelbagai negara terus dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) yang diseleweng daripada dana 1MDB.

Agensi media Reuters yang memetik maklumat sumber, melaporkan keputusan itu dibuat susulan ketidaktentuan politik berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 24 Februari lalu.

Beliau digantikan Muhyiddin yang kini mengetuai kerajaan membabitkan UMNO yang menerajui kerajaan terdahulu, sebelum kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14, antara lain kerana skandal 1MDB.

DOJ dilaporkan berkata, lebih AS$4.5 bilion (RM18.8 bilion) diseleweng daripada dana di bawah kawalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang kini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah. – BH Online

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago