Rahsia Janda Muda Dakwa Hamil Secara Tiba-Tiba Akhirnya Terbongkar

Sebelum ini viral di media sosial mengenai seorang wanita warganegara Indonesia mendakwa telah hamil selama satu jam sebelum melahirkan seorang bayi secara tiba-tiba. Malah, wanita ini juga mengatakan bahawa dia merasakan ada sesuatu memasuki ke dalam rahimnya sebelum perutnya tiba-tiba membesar.

Namun, segala-galanya terbongkar selepas anggota polis mendakwa bahawa wanita berkenaan kemungkinan dihamili oleh seorang lelaki.

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Tribun News, wanita yang dikenali dengan nama Siti Zainah merupakan seorang janda telah membuat pengakuan yang mengejutkan. Dia mendakwa dirinya langsung tidak tahu tentang kehamilan tersebut sehinggalah pada saat melahirkan.

Walaupun begitu, kejadian tersebut telah menjadi bualan hangat rakyat Indonesia dan pihak polis menganggap ianya satu perkara yang tidak masuk akal. Oleh itu, mereka menjalankan siasatan dengan mengumpul maklumat tentang status perkahwinan terdahulu Zaniah bersama bekas suaminya.

Advertisement

Difahamkan, Zainah baru sahaja bercerai sejak empat bulan lalu dan pihak polis mendakwa mereka percaya bahawa bayi yang dilahirkan itu adalah hasil hubungan Zaniah bersama bekas suaminya. Oleh itu, pihak polis kini sedang menjejaki keberadaan bekas suami Zaniah yang juga didakwa merupakan bapa kandung bayi perempuan berkenaan.

Baca: “Ada Sesuatu Masuk Dalam Rahim Saya” – Janda Terkejut Tiba-Tiba BersaIin Tanpa Tahu Diri HamiI

Sumber: Tribun News

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

16 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago