Foto Tular Tiga Lelaki Yaman Didakwa Bunuh Kanak-Kanak, Dihukum Bunuh Guna Raifal AK-47 Di Dataran Tahrir

Tiga lelaki warga Yaman dikenakan hukuman mati di dataran awam negara berkenaan selepas disabitkan kesalahan membunuh kanak-kanak.

Menurut Daily Mail, tertuduh yang masing-masing berusia 40, 38 dan 33 tahun dipakaikan baju penjara berwarna biru sebelum dibawa ke Dataran Tahrir di Sana’a pada Rabu.

Mereka kemudiannya disuruh meniarap dalam sebelum ditembak mati menggunakan senjata raifal AK-47 sambil disaksikan ratusan orang awam.

Mayat kesemua mereka kemudiannya dibalut ke dalam karpet dan dibawa pergi.

Advertisement

Tambah portal itu, hukuman ini merupakan hukuman awam pertama diadakan di Sana’a sejak Ogos 2018 selepas pemberontak disokong Iran menembak tiga lelaki dan menggantung mayat mereka pada kren atas tuduhan merogol dan membunuh kanak-kanak.

Tertuduh berusia 40 tahun telah disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh tiga anak perempuannya yang masing-masing berusia 7, 12 dan 14 tahun pada Jun 2019.

Tertuduh didakwa mengaku telah mencekik dan melemaskan anak-anaknya di dalam tangki air apabila isterinya meninggalkan rumah mereka selepas pergaduhan.

Dua lagi lelaki telah dituduh membunuh dan merogol seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Tertuduh berusia 38 tahun didudukkan di karpet untuk menjalani hukuman. (Foto: Daily Mail)
Tertuduh berusia 40 tahun dilihat melutut di atas karpet sebelum hukuman dijalankan. (Foto: Daily Mail)
Foto: Daily Mail
Seorang petugas bersedia untuk menembak tertuduh yang didapati bersalah membunuh tiga anaknya. (Kredit: Daily Mail)

Sumber: Daily Mail

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

14 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago