Tak Minta Duit Hantaran, Pembaca Berita Terkenal TV3 Azaria Tagaya Selamat Bernikah

Dalam diam-diam, personaliti TV3 iaitu Azaria Tagaya selamat mendirikan rumah tangga dengan jurumekap kesan khas Reza Syafiq Zainal Rashid di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, personaliti berusia 36 tahun itu tidak meletakkan wang hantaran selain menerima sebentuk cincin dan mas kahwin RM300.

Pemilik nama Azaria Tagaya Norio Tagaya itu berkata, dia tidak menetapkan sebarang tarikh pernikahan berikutan keadaan pandemik Covid-19 sebaliknya hanya ingin segera menghalalkan hubungan.

“Kami pergi buat pendaftaran di pejabat agama dan kemudian ambil nombor giliran. Kemudian dapat tarikh nikah, 15 September. Saya sebenarnya kena bekerja semalam dan terpaksa ambil cuti untuk kahwin.
“Hanya wali dan pasangan pengantin saja yang dibenarkan hadir, semalam. Baju nikah saya dijahit oleh mak dan dipadankan dengan Converse,” katanya.

Tambah pembaca berita Buletin Utama dan Nightline itu, dia juga tidak berhasrat bagi mengadakan majlis resepsi kerana mahu melunaskan perkara yang wajib sahaja.

Advertisement
“Memang dari kecil saya impikan nak kahwin secara ringkas saja dan tak suka majlis besar-besaran sebab saya rasa membazir. Bagi saya lebih baik kami berjimat wang untuk masa depan dan hidup bersama,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro, Instagram Nadiah Mohsin

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

7 hours ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

1 day ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

2 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

3 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

3 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

3 days ago