‘Saya reda dengan pemergian arwah’ – Didie Alias

HULU LANGAT – Pelakon dan pengacara, Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah binti Mohd @ Ali berpendirian walau apapun kisah silam yang pernah terjadi antaranya dengan bekas suami Allahyarham Ridzuan Hashim, lelaki itu tetap meninggalkan impak yang besar dalam hidupnya.

Menurut laporan yang dipetik daripada Kosmo! Online, Didie berkata, disebabkan alasan itulah dia merasakan ia satu tanggunggjawab untuk teman Allahyarham sehingga beliau selamat dikebumikan ke dalam liang lahad.

“Saya rasa itu tanggungjawab saya. Sebab, walaupun dia bekas suami dan saya tahu dia tak sihat namun dia tetap ayah kepada anak-anak saya.

“Syukur saya dapat selesaikan (pengebumian). Perjalannya diatur dengan sangat baik. Dari nafasnya yang terakhir (tengah hari semalam) sampailah ke liang lahad.

Advertisement

“Semua anak-anak pun ada dengan saya. Ini semua aturan Allah. Saya reda dengan pemergian arwah,” katanya ketika ditemui usai pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kariah, Dusun tua, di sini, malam tadi.

Tambah Didie lagi, meskipun pernah berlaku persengketaan dengan bekas suami, dia sudah memaafkan beliau dan tiada langsung dendam di antara mereka.

“Saya dah maafkan dia lama. Saya dah halalkan makan minum dia dan saya tengok dia pergi pun dengan tenang. Alhamdulillah,” ujarnya lagi.

Semalam, dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang apabila Allahyarham Ridzuan Hashim atau nama sebenarnya, Mohd. Ridzuan Hashim yang meninggal dunia ketika sedang bersarapan.

BACA: Pelakon Tersohor, Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

Advertisement

Keluarga dan kenalan rapat memberitahu bahawa Allahyarham sudah tiga tahun menghidapi penyakit jantung namun tidak ramai yang mengetahui tentang deritanya berdepan dengan masalah kesihatan tersebut.

Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham selama 10 tahun sebelum memilih untuk bercerai pada tahun 2002.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.

Didie kemudian mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola sepak Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 8 Mei 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

@malaysianupdatenews Replying to @lemang1358 ♬ original sound – Malaysian Update

Nur Damia

Leave a Comment

Recent Posts

Bintang TikTok terkenal Iraq, Umm Fahad mati ditembak depan rumah

BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang… Read More

1 day ago

Ditutup sementara, KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

ALGIERS – Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup… Read More

2 days ago

Wanita tiba-tiba ketawa & menjerit, dipercayai dirasuk ketika majlis perkahwinannya

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan berkelakuan aneh secara tiba-tiba dengan menjerit sambil ketawa pada majlis… Read More

3 days ago

Pemilik kereta tertekan hon kerana panik – polis

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika upacara pengebumian… Read More

4 days ago

Tragis! Wanita Maut, Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Gara-gara mahu berswafoto bersama suami di puncak gunung, seorang wanita yang berasal dari China dilaporkan… Read More

4 days ago

Pengurus Syarikat Agensi Pelancongan Didakwa Cuba Bunuh Isteri, Sebabkan Kecederaan Pengawal Peribadi

Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)… Read More

4 days ago