Connect with us

Berita Lain

1MDB: Bekas Pengerusi PAC tidak tahu laporan 1MDB diubah


KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin hari ini berkata beliau tidak tahu Laporan
Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diubah termasuk
menggugurkan nama Jho Low daripada laporan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata laporan yang diserahkan oleh Bekas Ketua
Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepadanya ketika itu, diterima seadanya.
“Kita tidak tahu-menahu benda itu (pindaan) dan apa
yang Tan Sri Amrin Buang bawa ke PAC, itulah laporannya. Kita tidak tahu
(laporan diubah) dan kita anggap itulah laporannya,” katanya kepada
pemberita di lobi Parlimen, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu, dalam kenyataan bertarikh 24 Nov itu, Ketua Audit
Negara, Tan Sri Madinah Mohamad mendedahkan dua perkara penting yang digugurkan
dalam laporan itu yang menyentuh soal kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low
Taek Jho atau Jho Low dalam satu daripada mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan
perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir
2014.
Madinah berkata, beliau menyampaikan taklimat pada 23 Nov
kepada kabinet mengenai pindaan kepada laporan akhir itu dan menambah jemaah
menteri mengarahkannya untuk mengeluarkan kenyataan  kepada media mengenai perkara itu. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel