Tuesday, December 09, 2025

Selepas Aiman Tino, Akaun Tiktok Usop Pula Kena Hack

March 19, 2024
1 min read

Penyanyi, Aiman Tino mendedahkan akaun media sosial Tiktok miliknya telah digodam dan disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 22, berkata individu tersebut telah mengugutnya untuk membayar sejumlah wang selepas akaunnya digodam.

“Tiktok saya kena hack & bagi gift dekat orang lain untuk percaya yang itu saya!

“Ini nombor ****** tu, siap call ugut saya minta 500, pastu minta topap RM15. Adoiii hacker ni miskin betul

“Itu bukan saya! Tolong sebarkan bagitahu semua orang di Tiktok yang bagi gift besar besar, DM minta no telefon korang dekat DM nak bagi duit, tolong jangan percaya!,” kata beliau.

Terkini menerusi video yang sedang tular dilaman sosial TikTok, Usop juga mendedahkan yang dia menerima nasib yang sama dan beliau menyeru agar orang ramai tidak terpedaya dengan penggodam itu.

“Sekarang @usopofficial dah kena, lepasni saya risau orang lain pula kena! Tolong sebarkan bagitahu di Tiktok.

“Sekarang Email & Instagram saya dia cuba log in. Apa apa update saya akan update di story wife saya, @syereheife

“Minta jasa baik semua netizen tolong report account tiktok saya & usop juga. Doakan Allah bantu saya dapatkan semula account dan hak saya,” ujarnya lagi.

@malaysianupdatenews Hati-hati semua… #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #usop #official #aiman #tino #viral #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini