Connect with us

Politik

Polis Buka Kertas Siasatan Video Tular Sambutan MB Kedah Di Johor

JOHOR BAHRU — Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular yang kononnya memperlihatkan sambutan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa berlaku di negeri ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat sebaliknya berkata hasil semakan pihaknya mendapati video berkenaan sebenarnya daripada satu program “KL Munajat” bersama pendakwah Ustaz Abdul Somad, Sheikh Aleey Qodir At-Thohiri dan Nur Ali Badar, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 15 Julai lepas.

“Namun video tersebut telah disunting dengan memasukkan laungan sorakan ‘Luaskan Kuasamu Johor’ untuk perkongsian oleh pengguna media sosial lain.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam usaha bagi mengesan individu-individu yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan,” kata beliau dalam satu kenyataan, malam ini.

Advertisement

Kamarul Zaman berkata pihaknya melihat hal tersebut berunsur provokasi dan fitnah yang boleh mendatangkan tanggapan buruk masyarakat dan mengingatkan perbuatan menyebar serta membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Menurut beliau, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan berkongsi maklumat berkenaan sehingga boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok berdurasi dua minit, dengan kapsyen “sambutan kepada Menteri Besar Kedah di Johor’’ dengan latar belakang lagu ‘’Luaskan Kuasamu Johor’’.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel