KUCHING (Bernama) — Sarawak akan tetap menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) di sebalik penggunaan mata wang sendiri seperti dibayangkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata cadangan yang dibayangkan oleh Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu hanya pandangan peribadi.
Menurutnya, ia merupakan isu yang cukup rumit dan memerlukan penelitian khusus.
“Ia sekadar pandangan peribadi Nanta. Kita sudah ada mata wang Malaysia, jadi kita kena guna itu sahaja (gunakan mata wang Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 peringkat Sarawak, di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Nanta yang membayangkan kemungkinan Sarawak untuk memperkenalkan mata wang sendiri memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia.
Semalam, Ahli Parlimen Kapit itu membayangkan perkara itu dalam siaran podcast bertajuk ‘Dari Malaya ke Malaysia: 60 tahun’.
Nanta Linggi Bayangkan Sarawak Mungkin Perkenal Mata Wang Sendiri, Jika Ekonomi Tidak Menentu Malaysia Berterusan
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membayangkan Sarawak mungkin akan memperkenalkan cadangan tersebut berikutan ekonomi Malaysia yang tidak menentu.
Jelasnya, ini merupakan antara langkah yang boleh dipertimbangkan jika keadaan ekonomi kurang memberangsangkan ini berterusan.
“Jika ekonomi Sarawak begitu baik namun ekonomi negara sebaliknya, mungkin negeri ini akan mempunyai mata wang sendiri.
“Saya berharap orang ramai tidak menggelarnya pengkhianat negara. Tetapi saya bercakap dengan serius. Jika kita begitu baik dalam membangunkan ekonomi, secara pengiraan ekonomi negara sepatutnya kukuh,” jelasnya.
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata pendapatan keseluruhan Sarawak termasuk ekonomi negeri tersebut meningkat.
Bagaimanapun beliau menegaskan analisis penuh dan terperinci terhadap tahap kehidupan rakyat perlu dibuat sebelum melaksanakannya.
BACA: Ingat Benda Sama Rupanya Tak, Ini Beza “Router” Dengan “Modem” WiFi Ramai Tak Tahu
Sumber: Bernama
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI