Connect with us

Hiburan

Bekas vokalis kumpulan EYE, Izam aktif berdakwah sambil bernyanyi di pasar malam

Masih ingat tak lagu Selamanya Namamu Di Hati, Kau Tetap Di Jendela Kenangan Ku, Bimbang Serumpun Kasih Terbuang dan banyak lagi dari kumpulan EYE yang terkenal pada era 1900-an? Sehingga kini, lagu-lagu mereka masih dimainkan di corong-corong radio seluruh Malaysia.

Kumpulan EYE merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 90-an yang ditubuhkan pada tahun 1991 di Malaysia. Kumpulan EYE merupakan kumpulan penyanyi kedua yang menandatangani kontrak dengan Fantasia Music City (FMC), iaitu selepas, Kumpulan Arrow. Kumpulan Eye mempunyai seramai 5 orang ahli yang kesemuanya adalah Izam (Vokalist), Amir (1st Guitarist), Kamal (2nd Guitarist), Ijam (Bassiat) dan Mazni (Drummer).

Walaupun telah lama kumpulan EYE tidak aktif sejak tahun 2004, tetapi penyanyi utama mereka, Mohd Izam Arshad, 54, kini masih giat bernyanyi di sekitar pasar-pasar tani dan pasar malam demi mencari rezeki untuk menampung keluarganya yang besar termasuklah berdakwah dalam masa yang sama.

Sebelum ini, dia menyertai kumpulan tabligh untuk mencari ketenangan serta mengubah dirinya ke arah lebih baik iaitu selepas dia keluar daripada kumpulan EYE. Dari situlah dia terdetik mahu mula berniaga minyak wangi sehingga terpaksa jual TV 29 inci untuk dijadikan modal berniaga dan akhirnya dapat berniaga di Pasar Pudu. Dia tetap tekad berniaga walaupun terpaksa lalui pelbagai cabaran berniaga demi anak-anaknya.

Bagaimanapun, dugaan Izam bertambah teruk apabila dia tiba-tiba diserang angin ahmar pada tahun 2019, sebaik pulang melakukan kerja dakwah sehingga dia tidak dapat berjalan kerana lumpuh separuh badan dan terpaksa berkerusi roda ketika membuat persembahan. Walaupun tak larat, dia terpaksa menyanyi kerana memikirkan keperluan keluarganya. Namun, dia terpaksa berdepan situasi getir lagi apabila pandemik Covid-19 berlaku mengakibatkan dia hilang segala punca pendapatan.

Walaupun begitu, dia masih tidak berputus asa dan berusaha membuat persembahan nyanyian dan rakaman video nyanyian akustik diiringi petikan gitar anaknya melalui media sosial seperti Youtube dan Facebook ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Kini, kesihatannya sudah beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa. Dia dilihat semakin aktif melakukan aktiviti seni dan mampu untuk berkerja semula. Menerusi di laman Facebook miliknya bernama Izam Eye, dapat dilihat dia banyak melakukan persembahan nyanyian di pasar tani dan pasar malam di merat-rata tempat bagi mengumpul dana untuk Maahad Tahfiz An Nur, Merbok, Kedah sebagai aktiviti dakwahnya.

Advertisement

Sekali-sekala, nama Izam menjadi bualan peminat kerana sering terserempak dengannya ketika membuat persembahan di pasar malam. Video yang dikongikan oleh @riemasrey di TikTok menyaksikan Izam yang masih kuat berjalan dan bernyanyi di Pasar Malam Taman Impian, Kuantan, Pahang.

@riemasrey #fyp #fypシ #selamatpetang #bimbangserumpunkasihterbuang #kumpulaneye #semogadipermudahkansegalanya ♬ original sound – AbangMas

Sumber: Harian Metro, Fuhfmradio blogspot, Profilbaru.com dan TikTok @riemasrey

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel